Kementerian Pendidikan (KPM) akan memansuhkan sebarang bentuk pertandingan, sambutan atau majlis di semua peringkat, yang tidak memberi impak besar terhadap pembelajaran murid dan hanya menambahkan beban tugas guru.<br /><br />Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dalam kenyataan pada jumaat berkata.. antara contoh ialah membabitkan pertandingan keceriaan pusat sumber, tandas tercantik dan bilik operasi Sistem Pengurusan Buku Teks (SPBT) terbaik.